


24 Oktober 2025 – Pasukan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah turun ke lokasi bagi bantuan melaksanakan kerja-kerja pembersihan culvert dan laluan air di sekitar Sungai Kampung Batu 7, Sungai Tebuan dan Taman Makmur, Lunas, demi memulihkan kelancaran aliran air serta mengurangkan risiko banjir kilat.
Musim hujan yang tidak menentu boleh membawa pelbagai risiko kepada komuniti kita. Justeru, MPKK menyeru penduduk agar sentiasa berwaspada, peka dengan keadaan sekeliling serta mengambil langkah berjaga-jaga apabila paras air mulai naik, demi keselamatan keluarga dan harta benda.
Dalam masa yang sama, MPKK merayu kepada semua masyarakat agar tidak membuang sampah ke dalam longkang, sungai dan kawasan awam. Tindakan kecil seperti itu mampu memberi kesan besar, laluan air menjadi tersumbat, sistem saliran terganggu, dan akhirnya banjir berlaku di kawasan tempat tinggal kita sendiri.
Terima kasih kepada anggota MPKK yang tidak mengenal penat lelah di lapangan, dan terima kasih juga kepada warga Kulim yang sentiasa menyokong serta cakna. Semoga kawasan kita kekal selamat, bersih dan sejahtera.
Klik untuk gambar sekitar program