𝟑𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bil. 10 Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tan Sri Ustaz Azizan, Aras 4 Kompleks Pas , Bt 9 Jalan Alor Setar – Sungai Petani , Alor Setar , Kedah

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Hajah Maznim Binti Ismail, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Yan.

Sebelum mesyuarat dimulakan, telah diadakan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDY, iaitu Encik Amirrudin bin Abd Razak yang kini secara rasmi menyertai barisan Ahli Majlis Daerah Yan bagi penggal semasa.

Agenda mesyuarat kemudiannya dimulakan dengan pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 9 Tahun 2025 serta laporan perkara berbangkit, seterusnya diteruskan dengan pembentangan kertas makluman, kertas kerja serta laporan jabatan/unit MDY untuk pertimbangan Majlis.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli-ahli Majlis (politik dan ex-officio), Ketua-ketua Jabatan/Unit serta urus setia mesyuarat.

Puan YDP dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen tinggi, kerjasama padu serta dedikasi dalam menjayakan agenda pembangunan dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Yan.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memastikan Yan terus melangkah ke hadapan sebagai Daerah Pelancongan Desa dan Tenaga.

Skip to content