Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Majlis Cabutan Undian Kumpulan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Zon-Zon Ahli Majlis Sempena Piala Yang Dipertua MPKK 2025 pada 30 Oktober 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MPKK.

Sebanyak 20 pasukan dari zon Ahli Majlis dan agensi telah menyertai undian bagi menentukan kumpulan masing-masing dan kini semuanya bersiap sedia untuk aksi sengit.

📅📍𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 :

𝟭 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂), 𝟴.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶

• 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗥𝗶𝗮, 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗶

• 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗺𝘂𝗿, 𝗟𝘂𝗻𝗮𝘀

• 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗨𝗻𝗶𝗞𝗟-𝗠𝗦𝗜, 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗺

• 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺 𝗕𝗮𝘁𝗮𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗣𝗚𝗔, 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗺

𝟮 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗔𝗵𝗮𝗱), 𝟴.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶- 𝟭𝟬.𝟯𝟬 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺

• 𝗦𝘁𝗮𝗱𝗶𝘂𝗺 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗺

Kejohanan ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, memperkukuh perpaduan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti dan warga kerja MPKK.

Ayuh warga Kulim!

Datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Zon masing-masing dan nikmati semangat kesukanan serta perpaduan komuniti MPKK!

📸 Saksikan beberapa momen menarik sepanjang sesi cabutan undian dan semak jadual perlawanan rasmi dalam poster di bawah 👇

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#PialaYangDipertuaMPKK2025

#SukanKomuniti

#BolaSepakKulim

Skip to content