MPKP Laksana Operasi Pemeriksaan Lesen Premis Hiburan, Ambil Tindakan Terhadap Pelanggar Peraturan.





Operasi pemeriksaan lesen premis pusat hiburan telah dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan tumpuan kepada premis-premis hiburan seperti pusat bowling dan pusat snuker di sekitar kawasan pentadbiran MPKP.
Sebanyak lapan 8 premis telah diperiksa sepanjang operasi ini. Hasil pemeriksaan mendapati enam (6) tawaran kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah:
• Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKP) 2010; dan
• Undang-Undang Kecil Iklan (MDKP) 2010.
Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan semua pengusaha pusat hiburan mematuhi peraturan dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh MPKP.
Pihak MPKP menasihatkan semua pengusaha agar memperoleh lesen premis yang sah daripada MPKP sebelum menjalankan sebarang aktiviti hiburan, selain memastikan lesen hiburan diperoleh daripada Pejabat Daerah Kubang Pasu di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1