Projek Naik Taraf Taman Suria II Jitra Hampir Siap, Jangka Selesai Awal November.

Jitra, 2 November 2025 (Ahad) – Projek pembangunan bagi Cadangan Pembangunan Persekitaran Kehidupan di Kawasan Lapang Taman Suria II, Bandar Jitra, Kedah Darul Aman dilaporkan hampir siap dan dijangka akan selesai mengikut jadual yang ditetapkan.

Projek ini, yang dilaksanakan melalui peruntukan dari Jabatan Landskap Negara, KPKT, telah bermula sejak tarikh milik tapak pada 14 Julai 2025. Pembangunan landskap persekitaran kehidupan ini dijangka akan meningkatkan kualiti ruang rekreasi dan kemudahan sosial untuk penduduk di Taman Suria II dan kawasan sekitarnya di Bandar Jitra, selaras dengan inisiatif “Landskap Berkualiti Malaysia Madani”.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content