KUNJUNG HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE ATAS PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2025 (Rabu) – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg Dato’ Hj Abdul Gafar Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), YBhg Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din.
 
Kunjungan tersebut diadakan untuk membincangkan isu berkaitan pengeluaran Sijil Pematuhan dan Penyiapan (CCC) ke atas Taman Vistana, Jalan Langgar, Alor Setar.
 
Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Pegawai Undang-Undang MBAS, Dr Elina Mohd dan Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBAS, Encik Azhan Ramli.
 
Skip to content