MAJLIS MENANDATANGANI PAPAN TANDA '22ND INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE OLYMPIAD 2025' (IMSO 2025)
Alor Setar, 16 Oktober 2025 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, hari ini menyempurnakan majlis menandatangani Papan Tanda ’22nd International Mathematics and Science Olympiad 2025′ (IMSO 2025) yang telah diadakan di Balai Seni Alor Setar.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda sokongan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) selaku penganjur bersama kepada penganjuran pertandingan matematik dan sains antarabangsa berprestij itu yang telah berlangsung di Alor Setar, Kedah.
Dato’ Haji Abdul Gafar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar latihan industri MBAS atas penglibatan aktif mereka dalam menjayakan program IMSO 2025.
IMSO 2025 telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari dari 5 hingga 9 Oktober di Al-Bukhary International University (AIU), Alor Setar yang berjaya menarik penyertaan kira-kira 600 pelajar sekolah dari 23 buah negara.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'



