SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2025 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Baling, 4 November 2025 – PLANMalaysia@Kedah dengan kerjasama Majlis Daerah Baling (MDB) menganjurkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 di Masjid Sultanah Bahiyah, Baling.

Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, SPMK., AMK Menteri Besar Kedah Darul Aman, bersama Ybhg. Datuk TPr. Dr. Alias Bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia.

Bertemakan “Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Perancangan Untuk Rakyat”, sambutan ini menekankan pembangunan bandar yang mampan dan berdaya huni.

Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) menerima Anugerah MURNInet 2.0 2025, Anugerah Bandar Mampan Negeri Kedah, dan Anugerah Early Adopter Smart City 2025, selain Pelan Tindakan Khas dan Projek Tanah PLANMalaysia 2025 sebagai panduan pembangunan strategik daerah.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content