𝘛𝘦𝘮𝘢: “𝘗𝘦𝘮𝘣𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳: 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘢𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘙𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵”

Majlis Daerah Yan (MDY) telah menerima Anugerah Bandar Mampan Tahun 2025 bagi Program MURNInets 2.0. Anugerah tersebut diterima oleh Puan Yang Dipertua MDY, Puan Hajah Maznim binti Ismail AMK, BCK,. daripada YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK., Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Masjid Sultanah Bahiyah, Baling, Kedah. 🕌

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan atas usaha berterusan Majlis Daerah Yan dalam memperkasa agenda pembangunan mampan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat selaras dengan aspirasi Kedah Negeri Sejahtera.

MDY juga turut menerima naskah laporan akhir Pelan Tindakan Khas (PTK) Pembangunan Kompleks Pelancongan Bersepadu Di Kaki Gunung Jerai, Yan dan Projek Brief yg disediakan oleh Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) yang mempunyai perancangan projek-projek pembangunan berdaya maju bagi Daerah Yan.

Majlis perasmian HPBS tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, serta turut dihadiri oleh YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia.

Skip to content