MBAS TERIMA KUNJUNGAN SAHABAT PBT MBMB
Alor Setar, 28 Oktober 2025 (Selasa) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra sahabat PBT Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang diketuai oleh Pegawai Jabatan Penguatkuasaan MBJB, En. Abdul Mutahir bin Abdul Rasid, pagi tadi. Lawatan kerja seramai 40 orang kakitangan Jabatan Penguatkuasaan MBJB itu telah disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Korporat dan Strategik MBAS, En. Bohari bin Md. Yusof serta kakitangan Bahagian Penguatkuasaan MBAS bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan sistem pengurusan kenderaan terbiar, pelaksanaan sistem penundaan dan apitan kenderaan yang menghalang laluan serta sistem pengurusan kawalan keselamatan oleh pihak MBAS. Satu sesi taklimat dari pihak MBAS telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS, En. Ahmad Syaher bin Abu Bakar.
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua PBT ke arah pembangunan Bandar Raya yang Berdaya Huni.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'








