PELANTIKAN PENGARAH JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
Alor Setar, 3 November 2025 (Isnin) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini secara rasmi menyaksikan penyerahan Surat Lantikan Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta kepada YBrs. PMgr. Sr. Zamzama Mohd yang berkuatkuasa pada 02 November 2025, diperakukan dalam Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat MBAS Bil. 2 Tahun 2025 diadakan bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
Penyerahan surat lantikan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya yang juga mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan. Datuk Bandar, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis MBAS serta seluruh warga kerja MBAS mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada YBrs. PMgr. Sr. Zamzama, dan berharap agar pelantikan ini dapat memperkukuh pengurusan strategik MBAS bagi memastikan tadbir urus yang cekap dan telus.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'
