PENYERAHAN SAMAN TEMPAT LETAK KERETA KEPADA ORANG KENA SAMAN
Alor Setar, 21 Oktober 2025 – Pasukan Penguatkuasaan Unit Tempat Letak Kereta, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini giat melaksanakan penyerahan notis saman secara terus kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan parkir di sekitar kawasan pentadbiran MBAS.
Tindakan turun padang ini bukan hanya bertujuan penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Ia penting bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan tempat letak kenderaan demi menjamin kelancaran lalu lintas dan kesejahteraan bersama.
MBAS menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan kawasan bandar raya Alor Setar kekal selamat, bersih, dan teratur untuk semua penduduk. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'






