PRA-DISKUSI REJUVENASI ALOR SETAR LESTARI (RASeL) 2026-2030

Alor Setar, 23 Oktober 2025 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengadakan sesi pra-diskusi bagi Program Rejuvenasi Alor Setar Lestari (RASeL) 2026-2030 bersama wakil dari Trash4Cash, Ir Mhd Saiful Anuar bin Zainal dan Tengku Irene bt Raja Zainal. Program ini merupakan inisiatif strategik yang diterajui oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya.
 
Program RASeL bermatlamat menjadikan Alor Setar sebagai bandar contoh yang hijau, pintar, dan mampan. Inisiatif ini selaras dengan Dasar Kebersihan Negara, Dasar Bandar Hijau Negara (DBHN), Dasar Komuniti Negara (DKN), serta aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
 
Selain itu, program ini turut menekankan pendekatan melalui kolaborasi meluas yang melibatkan semua pemegang taruh warga bandar raya, termasuk agensi kerajaan, sektor komersial, industri, institusi (CII), NGO, serta komuniti bandar dan desa bagi memastikan pembangunan bandar raya yang seimbang dari segi alam sekitar, sosial dan ekonomi.
 
Hadir sama dalam sesi ini ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairudin Idris; Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Pn. Narisa Mohd Hashim; Ketua Bahagian Undang-Undang MBAS, Dr. Elina Mohd dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Bandar MBAS.
 
 
Skip to content