PROGRAM PEMANTAPAN KEFAHAMAN DALAM BERKESATUAN UNTUK AHLI CAWANGAN ANULAE KEDAH UTARA
Langkawi, 12-15 Oktober 2025 – Seramai 61 orang kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah menyertai Program Pemantapan Kefahaman Dalam Berkesatuan Untuk Ahli Cawangan ANULAE Kedah Utara.
Program anjuran Persatuan Kakitangan Kerajaan Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) Cawangan Kedah Utara ini berlangsung selama empat hari, dari 12 hingga 15 Oktober, di Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi dan telah dirasmikan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), YBhg. Dato’ Dr. Hj. Adnan bin Mat.
Inisiatif ini bertujuan menanamkan rasa cinta kepada negara dan seterusnya memastikan warga kerja sentiasa menjaga kesihatan serta kekal sihat dalam melakukan tugasan harian, termasuk melalui modul ‘Team Building’ yang dilaksanakan.
Penganjuran program ini adalah penting bagi meningkatkan kefahaman ahli mengenai hak-hak berkesatuan, di samping memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan kakitangan PBT yang terlibat di Wilayah Kedah Utara.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'













