SEMBURAN KABUS DI DATARAN MEDAN BANDAR ALOR SETAR, KEDAH SEMPENA “MAJLIS PERASMIAN URBAN FOREST 1”
Alor Setar, 26 Oktober 2025 (Ahad) – Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sentiasa proaktif dalam memastikan persekitaran bandar bebas daripada ancaman nyamuk Aedes.
Bagi memastikan keberkesanan aktiviti kawalan vektor, dua (2) pasukan dengan dua (2) unit mesin thermal fogger telah digerakkan untuk melaksanakan operasi semburan kabus di kawasan sekitar program. Langkah ini bertujuan membunuh nyamuk dewasa serta mencegah penularan penyakit bawaan vektor dalam kalangan peserta dan pengunjung majlis tersebut.
Tindakan ini mencerminkan komitmen berterusan MBAS dalam mempromosikan Kesihatan dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat, selamat dan kondusif ke arah Bandaraya Berdayahuni.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'




