6 November 2025 merupakan hari ketiga Putrajaya Festival of Ideas (FOI) 2025 telah menyaksikan Majlis Pertukaran Surat Hasrat (Letter of Intent, LOI) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Majlis Perbandaran Kulim (MPK) serta Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Majlis ini disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad B Sakdan, Naib Canselor UUM, bersama Prof. Dr. Ram Al Jaffri bin Saad, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, dan Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK. Tuan Haji Zaidi bin Zainun, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat turut hadir dalam majlis tersebut.

Kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam memperkukuh inovasi, penyelidikan dan sinergi strategik antara institusi pendidikan tinggi serta pihak berkuasa tempatan.

Pada hari yang sama turut berlangsung Majlis Perasmian Putrajaya Festival of Ideas (FOI) 2025 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, serta Majlis Pra Peluncuran University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 telah menjadikan detik bersejarah yang mencorak masa depan inovasi dan pendidikan tinggi negara.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#UUM

#ILPKangar

#KPT

#FOI2025

#Inovasi

#PendidikanTinggi

#Kolaborasi

Skip to content