PROGRAM MESRA KOMUNITI LAMAN SEKUPANG 2025 : MENYATUKAN PENIAGA DAN MPSPK

Program Mesra Komuniti Laman Sekupang 2025 telah diadakan pada 6 November 2025 bertempat di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). Program ini menghimpunkan para peniaga di Laman Niaga Sekupang D’Wisma Ria, sebagai platform bagi memperkukuh hubungan antara komuniti peniaga dan pihak berkuasa tempatan.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Whip Ahli-Ahli Majlis, Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Ramli, sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis MPSPK dan Ex-Officio, Tuan Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi , pengarah-pengarah jabatan dan bahagian, seluruh kakitangan MPSPK, rakan-rakan media, agensi-agensi kerajaan, pihak pengurusan serta pelajar Maahad Tahfiz Intan (TINTA).

Yang Dipertua juga menitipkan nasihat serta pesanan buat semua para peniaga agar sentiasa berlapang dada, harmoni dalam perniagaan yang dijalankan serta menghargai usaha semua pihak yang ingin memberikan yang terbaik membantu para peniaga. Selain itu juga, para tetamu diberi peluang menikmati juadah yang disediakan oleh para peniaga Laman Niaga Sekupang D’Wisma Ria yang mengambil bahagian, sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan dalam menjayakan program ini.

Program Mesra Komuniti Laman Sekupang 2025 mencerminkan komitmen MPSPK dalam memperkukuh jaringan komuniti, menyemai semangat kerjasama dan menyokong pembangunan ekonomi tempatan. Sebagaimana MPSPK ingin memberikan yang terbaik kepada semua peniaga, MPSPK juga mengharapkan yang terbaik daripada semua peniaga agar bersatu hati demi kesejahteraan semua warga Sungai Petani.

Klik untuk gambar sekitar program
Klik untuk video sekitar program

Skip to content