Operasi Pemeriksaan Lesen Premis dan Penjaja di Taman Tunku Sarina








Jitra, 11 November 2025 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) melalui Jabatan Penguatkuasa telah melaksanakan Operasi Pemeriksaan Lesen Premis Perniagaan dan Lesen Penjaja di kawasan Taman Tunku Sarina bagi memastikan semua aktiviti perniagaan dijalankan dengan lesen yang sah dan mematuhi peraturan ditetapkan.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 7 premis perniagaan dan 34 penjaja telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati 25 tawaran kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah:
– Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKP) 2010; dan
– UUK Pelesenan Penjaja dan Gerai (MDKP) 2010.
MPKP menegaskan bahawa pematuhan terhadap syarat pelesenan adalah penting bagi mewujudkan suasana perniagaan yang teratur, selamat dan mematuhi undang-undang. Orang ramai serta para peniaga diseru agar memastikan lesen perniagaan mereka sentiasa sah bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
