Majlis Daerah Yan mempelawa kontraktor yang berdaftar dengan MDY serta belum menerima sebarang tawaran kerja bagi tahun 2025 untuk menyertai sesi cabutan kerja undi seperti yang dinyatakan dalam notis rasmi.
Tiga (3) tawaran kerja melibatkan projek menaik taraf longkang dan jalan serta kerja berkaitan di beberapa lokasi terlibat iaitu:
Kawasan belakang bangunan kedai Taman Keranji, Guar Chempedak
Kawasan bangunan Tabung Haji, Guar Chempedak
Kawasan Rekreasi Titi Hayun
Pembelian nombor cabutan boleh dibuat di Kaunter Hasil MDY bermula 17 hingga 23 November 2025, manakala sesi cabutan akan diadakan pada 24 November 2025 bertempat di Dewan Dato’ Madi, Jalan Pantai Murni.
Pihak kontraktor dipohon untuk membuat pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan. Penyertaan lewat tidak dibenarkan.

