Ganti Penutup Longkang Rosak Jenis ‘Steel Grating’ di Jitra, MPKP Utamakan Keselamatan Lalu Lintas




Jitra, 16 November 2025 (Ahad) – Kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur awam dijalankan pagi tadi oleh pasukan teknikal bagi memastikan keselamatan kepada lalulintas di kawasan yang terdapat struktur longkang di bawah permukaan jalan.
Dalam operasi yang bermula sekitar jam 9.00 pagi, kakitangan Bahagian Selenggara di bawah Jabatan Kejuruteraan MPKP telah melakukan pemeriksaan dan mengganti baru penutup longkang jenis ‘steel grating’ yang mengalami kerosakan akibat penggunaan harian dan faktor cuaca. Di antara peralatan utama yang digunakan dalam kerja tersebut ada alat kimpalan jenis mudah alih.
Ini merupakan sebahagian daripada penyelenggaraan berkala bagi mengelakkan risiko kemalangan, terutama kepada pejalan kaki dan kenderaan yang mengguna jalan tersebut. Selain penggantian penutup yang baru, mereka turut memastikan longkang di bawahnya tidak tersumbat supaya air dapat mengalir dengan lancar dan tidak berlaku banjir kilat.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1