KERJA-KERJA RUTIN PENYELENGGARAAN POKOK DI JALAN JITRA–KEPALA BATAS BERHAMPIRAN JENAN




Jitra, 17 November 2025 (Isnin) — Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) hari ini melaksanakan kerja-kerja rutin penyelenggaraan pokok di sepanjang Jalan Jitra–Kepala Batas berhampiran kawasan Jenan. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada Kerja-kerja rutin penyelenggaraan berkala bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mengekalkan landskap bandar yang teratur dan terjaga.
Dalam menyiapkan rutin kerja yang dijalankan pada pagi Isnin itu, beberapa anggota Jabatan Landskap MPKP dilihat melakukan kerja pemangkasan dahan menggunakan peralatan khas. Fokus utama penyelenggaraan adalah memotong dahan yang berlebihan, berisiko patah serta berpotensi mengganggu laluan kenderaan dan pejalan kaki. Daun dan dahan yang telah dipotong turut dikumpulkan untuk proses pelupusan sisa hijau mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menurut MPKP, kerja-kerja ini bukan sahaja penting untuk menjaga kesihatan pokok, tetapi juga bagi memastikan ruang udara jalan raya lebih selamat, terutamanya ketika musim hujan dan ribut yang boleh menyebabkan dahan mudah jatuh.
Pihak MPKP turut merakamkan penghargaan kepada para pengguna jalan raya yang memberi kerjasama sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan berlangsung. Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan ketika melalui zon operasi penyelenggaraan.
MPKP akan meneruskan Kerja-kerja rutin penyelenggaraan pokok ini secara berjadual di seluruh kawasan pentadbiran didalam daerah Kubang Pasu bagi memastikan persekitaran yang lebih Bersih, Indah , Makmur dan Selamat untuk penduduk Kubang Pasu.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1