MESYUARAT ISU DAN MASALAH BAZAR RAMADAN 2025
Alor Setar, 15 Disember 2025 (Isnin) – Satu perjumpaan bersama Ahli Majlis telah diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan tapak Bazar Ramadan. Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti kesesuaian lokasi serta mengenal pasti isu-isu yang timbul sebelum dan semasa pelaksanaan Bazar Ramadan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pengurusan tapak, penyediaan kemudahan asas, aspek keselamatan, keselesaan peniaga dan pengunjung, serta isu kebersihan dan lalu lintas. Pandangan dan cadangan telah dikemukakan oleh Ahli Majlis bagi penambahbaikan pengurusan tapak Bazar Ramadan agar pelaksanaannya berjalan dengan lebih teratur dan berkesan.
Hasil perbincangan akan diambil perhatian dan tindakan lanjut akan dipertimbangkan oleh pihak berkaitan bagi memastikan kelancaran penganjuran Bazar Ramadan serta kesejahteraan semua pihak terlibat.
