






16 November 2025 – Pertandingan Bola Jaring Zon-Zon Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) 2025 yang berlangsung bertempat di Kompleks Sukan KHTP. Turut hadir memeriahkan acara ialah Ahli Majlis dari Zon-Zon serta pengarah-pengarah jabatan MPKK.
Mencatatkan keputusan rasmi di mana Kumpulan Mutiara 17 muncul sebagai Johan, manakala Mahkota Highlands dinobatkan sebagai Naib Johan. Tempat Ketiga Bersama pula dimenangi oleh pasukan NetBellaz dan Supergirl.
Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua dan YBhg. Datin Azlina Binti Md Zuki, selaku Pengerusi Puspanita MPKK telah berbesar hati menyampaikan medal dan piala kepada para pemenang.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah memberikan persembahan mantap serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyertaan dan pencapaian cemerlang pada masa hadapan.
Saksikan koleksi momen menarik sepanjang pertandingan melalui pautan berikut: