Jitra, 17 November 2025 (Isnin) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah melaksanakan Lawatan Penambahbaikan Infrastruktur Ruang Niaga Milik MPKP Pada Waktu Malam dalam usaha proaktif memastikan kualiti kemudahan dan aktiviti perniagaan berjalan lancar selepas waktu senja.

Dalam lawatan komprehensif ini, fokus turut diberikan kepada pemeriksaan menyeluruh ke atas fasiliti dan kemudahan awam yang terdapat di premis-premis ruang niaga MPKP dan kawasan sekitarnya. Antara lokasi penting yang dilawati termasuklah stesen bas Changlun dan kawasan Bandar Darulaman, di mana keadaan kemudahan awam seperti pencahayaan, tandas, tempat letak kereta, dan prasarana umum lain telah diperiksa.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MPKP untuk menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif serta infrastruktur awam yang berfungsi dan selamat untuk kegunaan masyarakat setempat.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content