Operasi Bersepadu Undang-Undang Kesihatan Awam & Bersih Bil 11/2025 Peringkat Daerah Kubang Pasu.

𝐆𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢: 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐮 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐛𝐚𝐤!

Kubang Pasu, 19 November 2025 (Rabu) – Operasi bersepadu denggi merupakan satu tindakan komprehensif yang melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Persekitaran serta Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Tujuan utama operasi ini adalah untuk membanteras penyakit demam denggi melalui kawalan penularan wabak dan memastikan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selamat untuk penduduk setempat.

Operasi ini merangkumi penguatkuasaan undang-undang, pemeriksaan premis, serta usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi. Tindakan perundangan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, yang membolehkan kompaun atau notis pembersihan dikeluarkan jika terdapat kesalahan.

Di samping itu, Majlis Perbandaran Kubang Pasu turut menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta Undang-Undang Kecil yang berkuat kuasa di bawah Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content