MPKP Laksana Operasi Pengosongan Premis Perniagaan di Stesen Bas Changlun

CHANGLUN, 20 November 2025 — Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) hari ini telah melaksanakan Operasi Mengosongkan Premis Ruang Niaga di kawasan Stesen Bas Changlun. Operasi yang bermula pagi tadi melibatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan premis perniagaan di lokasi tersebut mematuhi peraturan dan syarat sewaan yang ditetapkan.

Operasi bersepadu ini dilakukan oleh Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPKP dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan MPKP

Semasa operasi berlangsung, anggota yang terlibat dilihat sedang mengalih dan memindah barangan serta peralatan perniagaan dari premis yang terlibat. Fokus utama adalah pada premis yang didapati melanggar syarat sewaan atau tidak lagi beroperasi/menjalankan aktiviti perniagaan dalam tempoh tertentu seperti yang digambarkan dalam foto.

MPKP sentiasa komited dalam memantau dan mengawal selia premis perniagaan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan ia digunakan secara optimum dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Tindakan pengosongan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MPKP untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan persekitaran awam di bawah kawalannya.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content