




19 November 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) yang diketuai oleh Encik Mohd Yusri Bin Mohamad, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat MPSPK ke Kulim Intelligent Command Center (KICC).
Lawatan delegasi ke MPKK ini turut mencerminkan komitmen bersama MPKK dan MPSPK untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bandar ke arah yang lebih moden, efisien dan responsif serta seiring dengan aspirasi negeri Kedah seperti slogan:
“Berkhidmat Untuk Negara”, “Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua” dan “The Greater Kedah”.
Delegasi MPSPK diberikan taklimat mengenai fungsi KICC termasuk pemantauan bandar serta integrasi sistem digital bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan bandar oleh Gs. Ts. Mohammad Daniel bin Shukor, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Khidmat Pengurusan.
MPKK akan terus memperkukuh usaha transformasi digital melalui pembangunan infrastruktur pintar seperti KICC dalam memastikan kualiti hidup penduduk bandar dapat ditingkatkan serta perkhidmatan awam dapat dijalankan dengan lebih efektif, selamat dan teratur.