Lawatan Pegawai Daerah Merangkak Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu ke PPS Banjir di Padang Sera.

Kubang Pasu, 25 November 2025 — Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Padang Sera hari ini.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau keadaan semasa mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan, serta memastikan segala kemudahan asas dan keperluan harian mereka dapat disediakan dengan sempurna.

Dalam lawatan ringkas itu, Pegawai Daerah/YDP MPKP kelihatan berinteraksi dan bertanya khabar dengan kakitangan yang bertugas di PPS tersebut, menunjukkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam pengurusan bencana dan kebajikan rakyat.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content