|𝟐𝟕 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 |

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐒𝐎𝐍𝐆𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐄𝐂𝐎𝐓𝐀𝐋𝐊 & 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐔𝐍𝐈𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐂 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐄𝐍𝐄𝐒𝐒 (𝐂𝐄𝐏𝐀)

Majlis Daerah Yan telah menganjurkan Program Pulau Songsong Ecotalk & Clean Up Beach 2025 pada 27 November 2025 di Pulau Songsong dengan penglibatan seramai 70 orang peserta. Inisiatif strategik ini dirangka bagi memperkukuh agenda CEPA melalui pendekatan pendidikan, komunikasi dan kesedaran awam terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Koperasi Kampung KEDA Kuala Sungai Udang, sekali gus mengukuhkan ekosistem kolaborasi komuniti setempat. Kehadiran wakil daripada Hospital Yan, Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, BPEN, USM, Universitas Marang Indonesia, Persatuan Jurupandu Jerai Geopark (JAGA), IPD Yan serta Pejabat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Guar Chempedak dan ADUN Sungai Limau menyerlahkan komitmen rentas agensi dalam memacu program kelestarian secara menyeluruh.

Selain aktiviti pembersihan pantai, peserta turut melaksanakan Program Penanaman Pokok bagi menyokong inisiatif 2 Juta Pokok Setahun, sebagai manifestasi usaha bersama meningkatkan litupan hijau dan biodiversiti di Pulau Songsong.

Program ini membuktikan bahawa pendekatan kolaboratif mampu menghasilkan impak jangka panjang dalam agenda pemeliharaan pulau dan kelestarian komuniti.

Skip to content