





Program ini merupakan inisiatif “Corporate Social Responsibility” (CSR) yang dianjurkan dengan kerjasama antara UniKL MSI (Malaysian Spanish Institute) dengan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) di mana ia menggabungkan dua elemen utama yang penting untuk komuniti dan tadbir urus yang baik iaitu aktiviti pembersihan alam sekitar dan kempen kesedaran integriti.
Lokasi yang dipilih adalah di Taman Kelulut Komuniti, Majlis Perbandaran Kulim.
Elemen utama adalah aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan di mana ianya bertujuan untuk membersihkan semula kawasan Taman Kelulut Komuniti agar dapat memastikan sistem kelulut tersebut beroperasi dalam persekitaran yang sihat dan kondusif.
Peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan UniKL MSI serta pegawai & anggota MPKK daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Elemen Integriti: Kempen Kesedaran Antirasuah
Program ini turut menyelitkan kempen kesedaran mengenai integriti dan antirasuah, yang merupakan fokus penting bagi agensi kerajaan seperti MPKK. Antara tujuan utama kempen ini adalah untuk menyemai kesedaran dan nilai-nilai antirasuah dalam kalangan peserta dan komuniti. Ini sejajar dengan usaha MPKK untuk menjadi sebuah badan pentadbiran yang cekap, telus, dan berintegriti.
Simbolik sesi penerangan dan penyerahan bahan kempen iaitu Poster Antirasuah telah diadakan oleh para peserta kepada pihak MPKK. Ini memastikan program CSR bukan sahaja memberi manfaat fizikal kepada alam sekitar tetapi juga nilai moral kepada masyarakat.
Usaha ini selari dengan komitmen MPKK dalam mengamalkan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah.
Program CSR ini berjaya menyatukan agenda kelestarian alam sekitar, pembangunan komuniti, dan integriti institusi. Ia menunjukkan peranan institusi pendidikan seperti UniKL MSI dalam menyumbang kepada masyarakat di samping memberi pendedahan amali kepada pelajar mengenai khidmat komuniti dan nilai-nilai murni.