Lawatan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah ke PPS Dewan Wawasan Jitra, Kedah

Jitra, 28 November 2025 (Jumaat) – Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Wawasan Jitra di Kedah. Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau keadaan mangsa-mangsa yang terjejas dan berlindung di PPS tersebut serta melihat secara langsung operasi pengurusan bantuan yang dikendalikan oleh pelbagai agensi, termasuk Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Lawatan ini turut memperlihatkan YAB Menteri Besar beramah mesra dengan para petugas dan sukarelawan, memberikan kata-kata semangat, dan mendengar keluhan serta keperluan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

Dalam lawatan tersebut, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang berada di PPS. Beliau turut menyalurkan bantuan dan turut berinteraksi rapat dengan orang awam yang terjejas. Kehadiran beliau bukan sahaja menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan negeri terhadap nasib rakyat, malah turut menyuntik semangat dan keyakinan kepada mangsa-mangsa yang sedang menghadapi dugaan bencana ini.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content