Operasi Kutipan Sisa Pepejal & Pembersihan Pasca Banjir Dilaksana di Kawasan Changlun

Changlun, 27 November 2025 (Khamis) — Kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan pasca banjir di beberapa kawasan terjejas di daerah Kubang Pasu giat dilaksanakan hari ini susulan limpahan air yang melanda beberapa penempatan sejak awal minggu.

Operasi yang diselaras oleh pihak berkuasa tempatan bersama SWCorp dan E-idaman melibatkan lima lokasi utama untuk kutipan sisa banjir dan pembersihan longkang, iaitu Kampung Baru Pekan Lama Changlun, CBD Pekan Lama Changlun, Taman Beringin, CBD Pekan Changlun (berhampiran KFC) serta Taman Bersatu.

Selain itu, kerja-kerja pembersihan jalan turut dijalankan secara berfokus di dua kawasan tumpuan awam iaitu CBD Pekan Lama Changlun dan CBD Pekan Changlun (KFC) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan dan kelancaran trafik.

Bagi melancarkan operasi berkenaan, seramai 26 anggota digerakkan bersama kekuatan jentera melibatkan 3 unit backhoe, 9 unit armroll dan 1 unit jetter bagi mempercepatkan proses pengumpulan sisa serta mencuci sistem saliran.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan bahawa kerja-kerja ini akan diteruskan secara berperingkat sehingga semua kawasan terjejas kembali pulih sepenuhnya. Penduduk turut dinasihatkan untuk mengasingkan sisa banjir di hadapan kediaman masing-masing bagi memudahkan proses kutipan.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content