HEBAHAN SISTEM PARKING BERPALANG DI N-CITY DAN PEKAN BARU

Dimaklumkan bahawa sistem parking berpalang (off-street parking) di N-City dan Pekan Baru akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2025.

Pelaksanaan ini adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan kecekapan pengurusan parkir. Melalui pelaksanaan sistem ini, semua kenderaan akan melalui pintu masuk dan keluar yang dilengkapi palang automatik.

Pengguna digalakkan untuk mematuhi semua arahan pada papan tanda 📋 serta mengikuti panduan penggunaan sistem yang disediakan di lokasi bagi memastikan proses parkir berjalan lancar.

Sehubungan itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan pelaksanaan ini.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Letak Kereta 04-4296666.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.

Skip to content