PAMERAN PERTANDINGAN REKABENTUK URBANISASI & LUKISAN TERUKUR BANGUNAN LAMA PEKAN JITRA, KEDAH.

JITRA, KEDAH – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan kerjasama Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) bakal menganjurkan Pameran, Pertandingan Rekabentuk Urbanisasi & Lukisan Terukur Bangunan Lama Pekan Jitra. Acara yang bertujuan untuk menyemarakkan visi Perbandaran Pintar dan Berdaya Huni 2035 ini akan berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Disember 2025, bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Pameran ini dijangka menarik perhatian orang ramai, khususnya pelajar dan profesional dalam bidang perancangan bandar, seni bina, dan sejarah tempatan.

Penganjuran bersama ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan idea-idea baharu bagi pembangunan urbanisasi Jitra, tetapi juga menekankan kepentingan pemeliharaan warisan melalui dokumentasi lukisan terukur bangunan-bangunan lama yang menjadi nadi pekan tersebut. Orang awai dijemput hadir ke perkarangan Majlis Perbandaran Kubang Pasu untuk menyaksikan hasil kerja kreatif peserta, di samping mengambil peluang untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai perancangan masa depan bandar Jitra dan nilai sejarah yang terkandung pada aset-aset bangunannya.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content