PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL PENDUDUK TAMAN VISTANA, ALOR SETAR
Alor Setar, 3 Disember 2025 (Rabu) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan perjumpaan bersama wakil penduduk Taman Vistana bagi membincangkan isu berkaitan pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), di Ibu Pejabat MBAS.
MBAS komited memberikan kerjasama penuh dalam usaha membantu penduduk menyelesaikan isu ini demi kesejahteraan komuniti.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Timbalan Setiausaha MBAS, En. Azlizam Jaafar Sidik, Ahli-Ahli Majlis MBAS, serta Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS yang terlibat.
