KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN MAHABBAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 4 Disember 2025 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Yayasan Mahabbah, di Ibu Pejabat MBAS.
Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk jemputan ke Festival Sunnah 8.0 yang akan berlangsung pada 24, 25 & 26 Disember 2025 bertempat di Masjid Al – Bukhary, Alor Setar. Ayuh sertai Festival Sunnah 8.0, sebuah program ilmu dan kerohanian yang menghimpunkan para ulama, munsyid serta para penggiat warisan Islam Nusantara.
