KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN PARKIR 60% SEMPENA ULANG TAHUN KE-22 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
Majlis Bandaraya Alor Setar akan mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Parkir sempena Ulang Tahun ke-22 Majlis Bandaraya Alor Setar bermula 28 November 2025 hingga 30 Disember 2025.
Pengurangan sebanyak 60% untuk semua jenis kompaun parkir tidak termasuk kompaun parkir yang dikeluarkan pada hari pertama dan kadar minimum RM10.00.
Bayaran kompaun boleh dibuat secara ‘walk-in’ di kaunter hasil MBAS atau secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Flexi Parking’.
Muat turun aplikasi ‘Flexi Parking’ di pautan berikut :
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian :
04-7304351 (Unit Tempat Letak Kereta, MBAS).