KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN PENDAFTARAN / TAKLIMAT TARIKH LAWATAN TAPAK
1. 17/2025
(LR)
Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Secara Komprehensif di Ujana Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang 221001 – Pembersihan Bangunan & Pejabat dan 221002 – Membersih Kawasan Masa
9.00 pagi

Tempat
Tapak Semaian, Jalan Pegawai

Tarikh
09 Disember 2025
2. 16/2025
(LR)
Sebut Harga Perkhidmatan Bagi Penyelenggaraan Landskap di Kawasan Jalan Utama dan Taman Jubli Perak Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman Untuk Tempoh 12 Bulan (Januari 2026 Hingga Disember 2026) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang 221002 – Membersih Kawasan Masa
9.00 pagi

Tempat
Tapak Semaian, Jalan Pegawai

Tarikh
09 Disember 2025

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Lawatan tapak dan taklimat adalah diwajibkan. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia.

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 09 Disember 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Penyebut harga dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 16 Disember 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Seksyen Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 07 Disember 2025

Skip to content