𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒𝐊𝐀𝐏 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔





Jitra, 11 Disember 2025 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) hari ini telah menjadi tuan rumah kepada lawatan akademik penting daripada 11 orang pelajar Master Pengurusan Landskap Lestari, Universiti Putra Malaysia (UPM). Rombongan yang terdiri daripada tujuh pelajar tempatan dan empat pelajar antarabangsa ini bertujuan untuk mendalami aspek perancangan pembangunan daerah serta pengurusan landskap lestari secara langsung di Daerah Kubang Pasu. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada kajian Landskap Lestari yang dijalankan oleh para pelajar. Mereka berpeluang mendengar taklimat terperinci mengenai perancangan pembangunan dan strategi pengurusan landskap yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rombongan UPM telah diketuai oleh pensyarah kanan, Ts. Emran Zahrin Mohamad Taram, LAr. Ts. Dr. Roziya Ibrahim, serta LAr. Ts. Dr. Osman Mohd Tahir, pensyarah jemputan, dan En. Muhammad Azlan Abdullah, penolong pegawai pertanian. Sambutan rasmi di MPKP telah diberikan oleh wakil dari Jabatan Perancangan dan Jabatan Pembangunan Landskap. Taklimat telah disampaikan oleh En. Fadzli Abu Bakar, Pengarah Jabatan Perancangan, dan En. Khairodze Jamaludin, Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap. Turut hadir menyambut rombongan termasuklah Pn. Farah Diana Bahuri, Ketua Bahagian Jabatan Pembangunan Landskap, dan En. Khairul Adil Ibrahim, Ketua Bahagian Jabatan Perancangan MPKP, menunjukkan komitmen MPKP dalam menyokong kerjasama akademik untuk pembangunan lestari.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1