PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADHAN & KARNIVAL AIDILFITRI 2026

Untuk Persatuan / Pertubuhan / NGO di Daerah Kubang Pasu.

Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) membuka peluang kepada mana-mana persatuan, pertubuhan atau NGO yang berminat untuk mengemukakan kertas cadangan penganjuran Bazar Ramadhan dan Karnival Aidilfitri 2026.

Serahan dokumen di:
Kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPKP.

Pastikan dokumen permohonan lengkap, termasuk:
1. Surat permohonan
2. Maklumat asas penganjur
3. Salinan IC pemohon
4. Sijil pendaftaran pertubuhan / koperasi / SSM
5. Surat kebenaran atau perjanjian penyewaan tapak
6. Tarikh & waktu operasi
7. Pelan susun atur tapak, gambar lokasi terkini
8. Senarai peniaga lengkap (nama, no. telefon, jenis jualan, dsb.)
9. Salinan Anti-Typhoid & Kursus Pengendalian Makanan (jika berkaitan)
10. Lain-lain dokumen seperti dinyatakan dalam poster

Waktu urusan serahan dokumen:
Ahad – Rabu: 8.00 pagi – 4.30 petang
Khamis: 8.00 pagi – 3.00 petang

TARIKH TUTUP:

15 Januari 2026 (Jam 12.30 tengah hari)

Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

#perbandaranbersihindah
#majlisperbandarankubangpasu
#MPKP

 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content