KETIDAKPATUHAN LORI KOMPAKTOR SAMPAH HINGGA MENYEBABKAN KEBOCORON SISA 'LEACHATE' DI JALAN AWAM

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 13 Disember 2025 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini telah menerima aduan awam berkaitan kebocoron Sisa ‘Leachate’ dari sebuah lori kompaktor sampah di Jalan awam hadapan Istana Nurul Iman, Alor Setar.
 
MBAS melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar, Jabatan Kesihatan Persekitaran sentiasa cakna dan memandang serius isu ketidakpatuhan lori kompaktor sampah yang telah menyebabkan berlakunya kebocoran sisa ‘leachate’ di jalan awam.
 
MBAS amat komited dan telah mengeluarkan tindakan kompaun terhadap syarikat konsesi lori kompaktor sampah tersebut atas kegagalan kawalan selia dan menyebabkan kekotoran di jalan awam. Tindakan tersebut diambil di bawah Seksyen 3 (D) Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah) 1983. MBAS juga telah memberi amaran tegas kepada syarikat konsesi supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
 
‘Bandar bersih tidak dibina dengan alasan, tetapi dengan disiplin operasi. Leachate yang menitis mungkin kecil, tetapi implikasinya besar terhadap kesihatan dan imej Bandar Raya Alor Setar’.
 
 
Skip to content