𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐈 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐞𝐏𝐁𝐓

Majlis Daerah Yan telah menerima lawatan kerja dan sesi perkongsian ilmu mengenai Sistem Perakaunan ePBT daripada Majlis Daerah Baling pada 15 Disember 2025 (Isnin) bertempat di Majlis Daerah Yan. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, perkongsian amalan terbaik serta memperkukuh pelaksanaan modul-modul perakaunan merangkumi Penutupan Hujung Tahun, Lejar Am, Pengurusan Aset, Pengurusan Wang Tunai dan Hasil (Pelesenan).

Inisiatif strategik ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan dalam memperkasakan tadbir urus kewangan, meningkatkan kecekapan pengurusan perakaunan serta menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan awam secara holistik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Baling atas kunjungan dan perkongsian ilmu yang sangat bermakna. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat.

Skip to content