KENYATAAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:
|
Bil |
Keterangan aset |
Nombor Pendaftaran Kenderaan |
Kuantiti |
Harga Simpanan (RM) |
|
1 |
ISUZU TFR54HSR |
KAP 1447 |
1 buah |
5,000.00 |
|
2 |
ISUZU FSR11H |
KAP 4033 |
1 buah |
12,000.00 |
|
3 |
HYUNDAI STAREX 2.5 |
KCU 7722 |
1 buah |
13,000.00 |
|
4 |
PROTON WAJA 1.6 (M) |
KCK 5500 |
1 buah |
4,000.00 |
|
5 |
HINO FF1JPKA UBS |
KBG 7454 |
1 buah |
25,000.00 |
Aset boleh dilihat pada 17 Disember 2025 (Rabu) pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari di Bengkel Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh didapati di Seksyen Pengurusan Aset, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman di talian 04-429 6666/6705 pada waktu pejabat. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.
Pihak-pihak yang berminat boleh mendapatkan borang menerusi laman sesawang rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani di BORANG KENYATAAN.
Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditanda No. Sebut harga ASET P 01/2025 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat:-
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
(U.P. Seksyen Pengurusan Aset)
Tarikh tutup sebut harga adalah pada 31 Disember 2025 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 16 Disember 2025