MAJLIS PENYERAHAN PAYUNG MYKIOSK AMANJAYA 1

Majlis Penyerahan Payung MyKiosk Amanjaya 1 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya sebagai salah satu inisiatif Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dalam mempertingkatkan kemudahan serta keselesaan para peniaga MyKiosk.

Majlis penyerahan payung ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, bersama Setiausaha MPSPK Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi. Program ini mencerminkan komitmen berterusan MPSPK dalam menjaga kebajikan peniaga kecil serta memastikan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif dan teratur.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda YDH SUPT Tuan Saravanan a/l Shamuggam, di samping Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan serta Ketua-ketua Bahagian MPSPK yang memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan inisiatif ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kakitangan Jabatan Pengurusan Fasiliti atas kecekapan, komitmen dan kerjasama dalam merancang serta menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada rakan-rakan media atas liputan yang diberikan serta para peniaga MyKiosk Amanjaya 1 atas sokongan dan kerjasama yang amat dihargai.

Diharapkan penyediaan payung MyKiosk ini dapat memberi manfaat kepada para peniaga, khususnya dalam melindungi daripada cuaca panas dan hujan, sekali gus meningkatkan keselesaan pelanggan dan imej kawasan perniagaan setempat.

Klik untuk gambar sekitar program
Klik untuk video sekitar program

Skip to content