MPSPK SEDIAKAN KAWASAN RIADAH LEBIH MENARIK DI TAMAN ARKED
Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan Kawasan Lapang Lebuh Arked merupakan cadangan landskap yg telah dipohon oleh Jabatan Landskap & Rekreasi MPSPK kepada Jabatan Landskap Negara (JLN KPKT) bermula tahun 2024 dan telah diberi kelulusan dan peruntukan 2025. Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah berjaya melaksanakan projek menaik taraf kawasan padang sedia ada kepada sebuah Taman Komuniti Lebuh Arked. Projek ini bermula pada 1 Julai 2025 dan dilaksanakan oleh kontraktor Krisdar Resources, dengan peruntukan yang diterima daripada Jabatan Landskap Negara.
Melalui projek ini, pelbagai fasiliti baharu telah disediakan bagi kemudahan penduduk setempat. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah walkway, peralatan senaman, serta peralatan permainan kanak-kanak seperti monkey bar, 2-seater fun seesaw dan integrated set. Selain itu, taman ini turut dilengkapi gelanggang serbaguna, gelanggang bola keranjang, dan padang bola sepak.
Kemudahan tambahan seperti pondok rehat, elevation bench, serta ruang parkir turut disediakan bagi memastikan keselesaan dan kemudahan semua pengguna. Taman ini diharap dapat menjadi pusat riadah dan interaksi komuniti yang bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat.
Sebagai pengguna, kita digalakkan untuk memanfaatkan semua kemudahan yang telah disediakan dengan baik dan cermat, serta sentiasa menjaga harta awam agar taman ini kekal terpelihara dan dapat digunakan oleh generasi akan datang.
Tahniah kepada Jabatan Landskap dan Rekreasi atas usaha untuk memberikan yang terbaik kepada penduduk Sungai Petani
Klik untuk gambar sekitar program




