Penyelenggaraan Komprehensif MPKP Tingkatkan Kualiti, Keselamatan Dan Keselesaan di Medan Selera

Kubang Pasu, 16 Disember 2025 (Selasa) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang komprehensif di beberapa lokasi Medan Selera di bawah seliaannya bagi memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan selamat untuk digunakan oleh pengunjung.

Antara kerja-kerja utama yang dijalankan termasuklah pembaikan dan pengukuhan peralatan meja dan kerusi di medan selera khususnya membaiki kaki meja dan kerusi yang longgar atau rosak. Kerja-kerja ini bertujuan untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengunjung serta mengekalkan kualiti kemudahan di medan selera agar ia terus menjadi lokasi pilihan untuk menjamu selera.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content