TEMUDUGA GERAI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH
Sesi temuduga bagi pemilihan pengusaha gerai dan kiosk di lokasi Laman Selera Taman Keladi, Laman Selera Penghulu Him dan Kedai Stesen Bas Jeniang telah diadakan pada 11 Disember 2025. Temuduga tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Tingkat 5, Menara MPSPK.
Sesi temuduga ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi bersama panel yang terdiri daripada Pengarah Jabatan Pengurusan Fasiliti Puan Yuhanis binti Yusof, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Mohd Zahir bin Salleh, Ahli Majlis merangkap Area Officer Zon 11 Encik Khattab bin Bakar, serta Ahli Majlis merangkap Area Officer Zon 13 Encik Idris bin Hassan.
Sesi temuduga berjalan dengan lancar dan teratur, di mana setiap pemohon dinilai berdasarkan kelayakan, pengalaman dan komitmen mereka untuk mengusahakan gerai serta kiosk di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.
Klik untuk gambar sekitar program




