PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN ALOR JANGGUS
Alor Setar, 11 Disember 2025 (Khamis) – Program Gotong Royong Perdana Taman Alor Janggus telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini dengan kerjasama erat antara Persatuan Penduduk Taman Alor Janggus dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Aktiviti yang bertujuan meningkatkan kebersihan dan keindahan persekitaran ini telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, anggota masyarakat setempat, serta anak-anak cilik dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran dan penglibatan Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakrurazi, dan ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak. Turut hadir bersama ialah Ahli-Ahli Majlis MBAS, Encik Azizi Abdullah dan Encik Shahrul Anuar Haron.
Program seumpama ini dilihat penting dalam memupuk semangat kesukarelawanan, memperkukuh hubungan kejiranan, serta memastikan bandar raya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sejahtera melalui tanggungjawab bersama.
