MBAS LAKSANA KERJA-KERJA PEMULIHARAAN POKOK BERUSIA LEBIH 100 TAHUN SUSULAN KEJADIAN RIBUT

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 17 Disember 2025 (Rabu) – Bahagian Landskap dan Rekreasi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan segera terhadap sebatang pokok berusia lebih 100 tahun yang tumbang akibat kejadian ribut yang melanda baru-baru ini di kawasan berhadapan Wisma Darul Aman.
 
Mengambil kira aspek landskap hijau bandar raya, pihak MBAS mengambil inisiatif untuk menyelamatkan serta memulihkan semula kedudukan pokok berkenaan berbanding melakukan kerja-kerja pembersihan biasa.
 
Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, turut hadir di lokasi bagi meninjau kerja-kerja pemuliharaan tersebut. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBAS dalam memastikan khazanah hijau bandar raya terus terpelihara.
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content