"MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA".

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 17 Disember 2025 (Rabu) – Operasi Mencegah Kekotoran telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan, MBAS bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, pihak SWCorp dan syarikat konsesi pembersihan, Syarikat E-Idaman Sdn Bhd di sekitar kawasan di bawah jejambat Simpang Kuala, semalam.
 
Tindakan penguatkuasaan dan pembersihan secara bersepadu ini dilaksanakan kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan barang-barang terpakai dan longgokan kayu buruk yang mencacatkan pemandangan serta mencemarkan imej bandar raya Alor Setar.
 
Dalam operasi tersebut juga, 1 notis dan 1 kompaun dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (Majlis Bandaraya Alor Setar) 2010 telah dikeluarkan kepada penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang berada berhampiran dengan lokasi yang terlibat.
 
Justeru, MBAS menyeru warga bandar raya Alor Setar untuk bersama-sama MBAS menjaga kebersihan di tempat awam demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bersama demi masa hadapan yang lebih baik.
 
Skip to content